Sejarah Oh My Girl

2015: Debut dengan Oh My Girl dan Closer

Oh My Girl di Inkigayo fan meet pada Oktober 2015

Oh My Girl ialah kumpulan dari syarikat yang sama dengan kumpulan B1A4, Pada 29 Mac 2015, gambar teaser untuk lapan orang ahli dan seta konsep imej telah dikeluarkan.[3] Pada 20 April. kumpulan ini telah mengeluarkan album mini pertama mereka, Oh My Girl, dan juga termasuk single utama mereka "Cupid". Mereka mengadakan showcase debut mereka pada hari yang sama.[4] Pesembahan pertama single mereka di SBS MTV The Show pada 21 April.[5]

Pada 21 Jun, kumpulan itu mengumumkan bahawa mereka sedang membuat album baru.[6] Album mini kedua mereaka Closer, telah dikeluarkan pada 7 Oktober.[7] Single itu juga telah dipromosikan di pelbagai persembahan muzik.

2016: Pink Ocean, Windy Day, Listen to My Word (A-ing), Konsert Summer Fairytale , dan JinE's hiatus

Album mini ketiga Oh My Girl, Pink Ocean, telah dikeluarkan pada 28 Mac 2016 dengan lagu utama "Liar Liar", dan single pra-pengeluaran "Step by step".[8][9] Pada hari yang sama, Oh My Girl telah mengumunkan nama rasmi untuk kelab peminat ialah "Miracle", semasa melakukan showcase untuk Pink Ocean dan didalam V-app. Kumpulan ini mempromosikan "Liar Liar" dan "Step by Step", B-side ditulis oleh Jinyoung B1A4 ,[9] pada comeback stages mereka dan pada konsert guerrilla di Hongdae dan Sinchon. Pada awal bulan Mei, kumpulan ini mempromosikan "Step by Step" selama empat hari dalam program muzik M Countdown, Inkigayo, Music Core dan Music Bank.

Pada 26 Mei 2016, Pink Ocean diterbitkan semula sebagai "Windy Day" dengan dua lagu baru: "Windy Day" dan "Stupid in Love", bersama versi Cina "Liar Liar" yang dikeluarkan dalam Pink Ocean secara eksklusif dalam perkhidmatan penstriman dalam talian di China).[10] Pada 1 Ogos, mereka mengeluarkan album single musim panas khas yang mengandungi empat lagu remake, termasuk dari Papaya "Listen to My Word (A-ing)" yang menampilkan Skull dan Haha.[11] Album kumpulan ini adalah yang pertama yang mendahului carta mingguan.[12]

Pada 20 dan 21 Ogos, Oh My Girl mengadakan konsert solo bertajuk Summer Fairytale di Blue Card Samsung Hall Hall di Seoul, Korea Selatan.[13] Tiket boleh dibeli pada 22 Julai dan habis dijual dalam masa tiga minit, memecahkan rekod untuk tiket konsert terpantas abis dijual untuk kumpulan rookie.[14]

Pada 25 Ogos, WM Entertainment mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan JinE akan berehat dari aktiviti Oh My Girl semasa dia menerima rawatan untuk anorexia nervosa.[15]

2017: Coloring Book dan JinE meninggalkan kumpulan

Oh My Girl di the Miracle Day fan meet pada Julai 2016

Pada 13 Mac, WM Entertainment mengumumkan pada fancafe Oh My Girl bahawa album mereka yang akan datang akan dikeluarkan pada bulan April. JinE tidak akan mengambil bahagian dalam promosi album dan aktiviti yang akan datang supaya dapat meneruskan rawatan dan pemulihan.[16] WM juga menyatakan bahawa kesihatan JinE telah bertambah baik sejak tahun lalu, dan WM memberi tumpuan kepada rawatan jangka panjang untuk JinE.[17] Oh My Girl telah mengeluarkan album mini keempat Coloring Book pada 3 April, bersama-sama dengan tajuk nama lagu yang sama. Semasa Comeback Showcase Oh My Girl, ternyata paus merah jambu dalam MV Coloring Book, dibuat untuk merujuk kepada JinE.[18]

Pada 30 Oktober, WM Entertainment mengesahkan bahawa disebabkan masalah kesihatan yang berterusan, kontrak JinE dengan syarikat itu telah ditamatkan dan dia secara rasmi meninggalkan kumpulan itu.[19]

2018: Secret Garden, Banana Allergy Monkey, Remember Me, debut Jepun dan Autumn Fairy Tales concert

Pada 23 Disember 2017, WM Entertainment mengumumkan comeback Oh My Girl pada 9 Januari, dengan album mini kelima Secret Garden.[20] Oh My Girl mengadakan konsert solo kedua bertajuk Oh My Girl's Secret Garden. Tiket boleh dibeli pada 28 Disember dan dijual dalam masa dua minit untuk 3,000 tiket, membuktikan popularitinya dapat menjual tiket konsert sampai habis sepenuhnya sejak tahun lepas.[21][13] Tiket konsert yang dijual selama enam hari bermula 22 Januari hingga 26 Februari di Shinsegae Mesa Hall di Seoul, Korea Selatan.[22] Pada 23 Januari, 2018 Oh My Girl memenangi piala pertunjukan muzik pertamanya dengan lagu "Secret Garden" di The Show dan piala kedua pada Show Champion pada 24 januari 2018.[23][24]

Ia diumumkan bahawa kumpulan itu akan melancarkan album pop-up berjudul Oh My Girl Banhana - Banana Allergy Monkey pada 2 April. Lagu utama bertajuk "Banana Allergy Monkey" dinyanyikan oleh sub-unit kumpulan Oh My Girl Banhana, yang terdiri daripada Hyojung, Binnie dan Arin.[25]

Pada bulan Jun, kumpulan itu menandatangani perjanjian rakaman dengan Sony Music Japan. Sub-unit Banhana akan debut dahulu sebelum secara keseluruhan kumpulan pada Ogos 2018.[26]

Pada 24 Ogos, WM Entertainment mengesahkan bahawa kumpulan ini akan membuat comeback Korea pada 10 September, dengan album mini keenam Remember Me. Konsert ke-2 kumpulan bertajuk Autumn Fairytale juga diumumkan diadakan pada 20-21 Oktober.[27]

2019: The Fifth Season dan Fall In Love

Pada 20 April 2019, Menerusi fan meeting WM Entertainment mengesahkan kumpulan ini akan comeback secara rasmi pada 8 Mei dengan album studio pertama.[28]

Pada 8 Mei, mereka mengeluarkan album studio Korea pertama mereka, The Fifth Season, bersama dengan single utama, "The Fifth Season (SSFWL)"

Pada 30 Julai, telah disahkan oleh WM Entertainment bahawa kumpulan ini akan melakukan comeback pada 5 Ogos dengan album khas musim panas Fall In Love, dengan lagu yang bertajuk "Bungee".[29]

Rujukan

WikiPedia: Oh My Girl http://www.brazilkorea.com.br/oh-my-girl-no-brasil... http://www.asiaartistawards.com/vote/results/ http://sports.chosun.com/news/ntype.htm?id=2018061... http://www.hellokpop.com/news/oh-my-girl-concert-s... http://mpop.heraldcorp.com/view.php?ud=20171223104... http://pop.heraldcorp.com/view.php?ud=201703130805... http://www.koreaboo.com/buzz/oh-girl-shows-anticip... http://www.koreaboo.com/news/oh-girl-already-prepa... http://www.koreaboo.com/video/b1a4s-sister-group-r... http://www.koreaboo.com/video/oh-girl-lives-expect...